Sunday, April 27, 2014

Jaga Miss V!

Gurlz dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan, kan? Namun, ada segelintir gurlz, harapkan muka sahaja cantik. Tapi penjagaan bahagian intim, ibarat ‘rumput yang mati kena racun’! Ditambah pula dengan bau-bau yang kurang senang divagina. Yucksss!

Rasanya belum terlambat untuk you all menitik-beratkan soal kebersihan vagina. Penjagaan yang betul, bukan sahaja membuatkan you all berasa selesa melakukan aktiviti sepanjang hari. Bahkan, penyakit pun tiada. Ayuh, baca tips yang diberikan dan jangan lupa untuk dipraktikkan ya. 

Tips Memilih Tuala Wanita

Ketika menstruasi, daerah intim lebih cenderung lembap. Jadi you all harus memilih tuala wanita yang mempunyai daya serapan yang tinggi agar selesa ketika beraktiviti bersama kengkawan. Selain itu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Sayap atau tanpa sayap. Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam you all.  Sebaiknya semasa hari aliran banyak ataupun ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.

Ekstra Tips :

1.Pastikan plastik tuala wanita masih tertutup dan tidak berlubang atau koyak selepas membelinya.
2.Jika you all terasa gatal atau panas ketika menggunakan tuala wanita, gantikan sahaja dengan tuala wanita jenama lain. Ada sesetengah daripada you all alergi terhadap jenama terbabit.

Berapa Kerap Tukar Tuala Wanita?

Ketika datang menstruasi, biasanya darah haid keluar tersangat banyak. Itu bererti you all harus peka dan sentiasa menggantikan dengan tuala wanita yang baru. Seelok-eloknya 3 – 4 jam sekali, namun itu semua bergantung daripada kadar jumlah darah haid yang keluar.
Sekiranya you all seorang yang sangat aktif bersukan atau lincah beraktiviti bersama kengkawan, adalah digalakkan menukar sekerap yang boleh. Jika you all terasa tuala wanita penuh, jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menukarkannya. Kerana darah yang terkumpul dalam tuala wanita akan menjadi bakteria dan ditambah pula dengan kelembapan pada bahagian sulit. Kesannya, pastilah cepat terasa gatal dan iritasi pada kulit.


Selesa Ke Pakai Pantyliner Setiap Hari?

Seperti yang sudah sedia maklum, pantyliner merupakan tuala wanita yang paling nipis yang digunakan untuk melindungi daerah intim agar sentiasa kering dan bersih. Fungsi utamanya adalah menyerap cairan vagina yang keluar iaitu keputihan.
Sekarang nie banyak gurlz berpendapat bahawa pantyliner adalah penyelesaian pada keputihan dan dipakai sepanjang hari. Namun tidak semua tahu, bahawa ketika you all mengalami kadar keputihan yang banyak dan ditambah pula selalu membuang air kecil, sudah tentu pantyliner tersebut tidak lagi mampu menyerap cairan dengan sebetulnya.
Sebaiknya, rajinkan diri menukar seluar dalam you all. Jika keputihan masih lagi keluar dalam kuantiti yang banyak, seeloknya jumpalah doktor.

Tips Menjaga Daerah V

1. Ketika membersihkan daerah V, pastikan air yang diguna bersih dan bebas daripada kotoran.
2.Sewaktu membilas vagina, lakukan dari arah depan ke belakang untuk menghindari terjadinya perpindahan kotoran.
3.Cuci tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan vagina. Hindari daripada menggunakan tisu yang mengandungi bahan pewangikerana isu kandungan yang ada boleh menyebabkan iritasi.
4.Pastikan daerah di sekitar intim kering sebelum berpakaian terutama ketika datang haid dan keputihan. Agar seluar kecil yang dipakai sentiasa berada dalam keadaan kering.
5.Gunakanlah seluar kecil yang bersih, tidak ketat, dan terdiri daripada bahan kapas yang boleh menyerap peluh. Malah, you alljuga digalakkan menyediakan seluar kecil extra supaya boleh ganti ketika ian mula terasa lembap.
6.Jangan menggunakan sesuatu yang boleh membuat kulit di sekitar vagina iritasi. Contohnya, sabun wangi, bedak danperfume.

1 comment: