Wednesday, June 20, 2012

TIPS PENJAGAAN VAGINA



Wanita dan bahagian intim memang tidak boleh dipisahkan betul? Ianya sangat berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Jadi, Penjagaan alat sulit ini adalah sangat penting bagi memastikan ianya sentiasa sihat dan tidak bermasalah.

 Bagi wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Ini kerana aktiviti seks bersama pasangan amat penting dan dengan itu, tahap penjagaan organ seks sepatutnya lebih tinggi. Jika diabaikan kesihatan ini, mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan virus, kuman, bakteria ataupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa dihidapi adalah seperti Aids, Herpes, Hepatitis B, Gonorrhoea, jangkitan kulat, ketuat kelamin dan kutu ari-ari. Nauzubillah mintak dijauhkan..


Di kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal sepatutnya tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna kuning dan ada kalanya kehijauan, menandakan berlaku jangkitan bakteria, perasit atau virus.Wanita yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah, runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri. Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.Di sini, beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita  aka vagina;

1. Tangan perlu dicuci bersih.
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah mencukupi.
3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan vagina.
4. Gunakan air bersih untuk mencuci.
5. Gunakan pembersih yang sesuai, elakkan dari menggunakan sabun.
6. Gunakan seluar dalam yang bersih sahaja.
7. Pakai seluar dalam yang selesa, jgn terlalu ketat.
8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
9. Gunakan pantyliner yang berkualiti atau tuala wanita nipis terutama bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.
10. Pastikan rambut pada bahagian peribadi sentiasa di’trim’ untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.
11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.
12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain (eii gelinyer..)
13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian (kalau boleh)
14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai, yang penting berkualiti dan jangan beli yang murah kerana kebanyakannya dibuat dari bahan kita semula. Vagina kita tu berharga dan tak boleh nak recycle..huhu
15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.
16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam, jangan pakai terus basah-basah gitu..huhu
17. Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara penggunaannya.
18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit.
19. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.

Sebenarnya vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri. Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.
Untuk kesegaran yang berpanjangan sepanjang hari, boleh gunakan panty liner AiriZ. Ianya bukan sahaja menyegarkan malah dapat membantu melindungi dari jangkitan kuman. Call kuza @ 0199154223 untuk mendapatkan samples airiZ okayy.. ^_^



No comments:

Post a Comment